Page 1 of 1

Lebuhraya Pantai Timur 2

Posted: Sat Jan 25, 2014 8:45 pm
by jpntrg
LPT2 Jajaran bukit besi ke Paka sudah dibuka kepa orang ramai mulai hari ini 25.1.2014. :D :mrgreen: :good:

Re: Lebuhraya Pantai Timur 2

Posted: Sat Jan 25, 2014 9:52 pm
by hafiz_496
:tq: & :good:

Re: Lebuhraya Pantai Timur 2

Posted: Sun Jan 26, 2014 5:44 pm
by jpntrg
DUNGUN 25 Jan. - Sebahagian daripada Projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang melibatkan jajaran sejauh 34 kilometer dari persimpangan Bukit Besi ke persimpangan Paka bernilai RM514 juta mula dibuka hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dengan siapnya jajaran baharu pakej 10 hingga ke sebahagian pakej 7 (7C) itu menandakan kira-kira 100 daripada keseluruhan 184 kilometer projek pembangunan mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 tersebut telah dibuka kepada orang ramai.

"Kerajaan berharap pembukaan lebuh raya ini memberi kemudahan penjimatan tenaga, kos dan masa perjalanan kepada pengguna lebuh raya lebih-lebih lagi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

"Pada masa sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan beberapa lagi jajaran LPT2 yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat sebelum September depan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan jajaran itu di Plaza Tol Bukit Besi di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk Himmat Singh dan Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Noor Yaacob.

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.5

Re: Lebuhraya Pantai Timur 2

Posted: Wed Jan 29, 2014 10:17 am
by amamat
:thumbsup:

Re: Lebuhraya Pantai Timur 2

Posted: Wed Feb 05, 2014 10:00 am
by sunn
:tq: to Bro Amamat for the tracklogs. :thumbsup: =D>

viewtopic.php?f=7&t=13026&start=10

Regards