Ketika belok masuk ke jalan utama ke taman itu, saya ditahan oleh Pak Guard yang mengawal kawasan itu. Dia kata saya nak kemana? Saya cuma menjawab saya hendak melihat rumah. Dia tidak benarkan saya masuk dan perlu mandapatkan kebenaran dari pemaju terlebih dahulu sebelum membenarkan saya masuk. Tetapi saya kata tak apalah tetapi macam mana saya nak pusing balik kalau tak bagi saya masuk kerana jalan terlalu sempit untuk buat pusingan-U. Jadi dia pun angkatlah palang dan membenarkan saya masuk untuk membuat pusing. Apabila dapat peluang masuk saya terus track semua jalan disitu.

Tetapi malangnya, apabila saya check dengan mapsource, taman tersebut telahpun di track orang.

