m3gps wrote:Sudah upgrade? How's the unit?
Maaf lambat feedback

ninecars wrote:confirm free betul
Esok 28 September 2011 (Rabu), saya nak ke M3 semula

Tengahari Sabtu 24 September 2011, saya mengalami mimpi ngeri sewaktu memandu dari USJ18 Subang Jaya - Gurney Heights Condominimum Keramat, KL. Selama setahun menggunakan Q4331i X5 memang terbaik

Tetapi tak sampai seminggu upgrade ke X8

Pada sebelah malamnya pula, saya set destinasi menuju ke Villa Park Condominium, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Kali ini pnd saya memang dah betul-betul pening


Lagi sekali panik, nampaknya terpaksa guna garmin Mobile XT pada Nokia E5 tapi respond sangat perlahan. Mujur kakak saya sudi bagi pinjam Nuvi 1350 buat sementara.
Dari apa yang saya nampak, X8 ni agak "berat". Saiz memori 2GB dalam pnd hampir penuh !!! (saya memang tak masukkan sebarang fail media ke dalam Micro SD. Satu perkara lagi, Micro SD saya bersaiz 4GB, tetapi hanya menjadi 1.8GB sahaja apabila dimasukkan ke dalam pnd. Mengapa jadi begitu?
Muzik sewaktu start up juga agak "mengganggu" dan rasa seperti tidak perlu.
Paras audio juga seringkali di reset selepas shutdown.
Sila klik http://www.youtube.com/watch?v=t4arRjzyUrs untuk lebih difahami. Terima kasih.